Selamat Datang Ke Portal Kelab Staf Akademik (KLASIK) Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Portal KLASIK ini. Keahlian adalah wajib/automatik kepada semua staf akademik yang bergred DG yang bertugas di IPG Kampus Pulau Pinang sebaik sahaja beliau melaporkan diri untuk bertugas. KLASIK ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan ahli persatuan, menggalakkan perhubungan yang erat antara ahli persatuan dengan pensyarah-pensyarah dari lain-lain IPG, membantu semua ahli persatuan dalam memajukan dan meningkatkan pengetahuan ikhtisas, mengadakan majlis meraikan persaraan ahli setiap tahun, berikhtiar untuk menambah kewangan persatuan KLASIK dan mengadakan kursus dan seminar.

#SENERGIHARMONI KLASIK '25

 


Salam, dikongsikan itinerari program

Mohon kita bersama-sama war-warkan di jabatan masing2 - kehadiran ahli kelab staf bagi menjayakan program ini kini terletak di tangan wakil2 jabatan/unit.

Ketidakhadiran dikira sebagai undian bersetuju utk semua keputusan yang dibuat semasa taklimat aktiviti  - termasuklah pengurusan kutipan yuran bagi aktiviti sepanjang tahun 2025.

HARI PERISTIWA 

JK KLASIK 2025 mengucapkan terima kasih kepada semua ahli KLASIK & KLASS yang menghadiri sesi #sinergiharmoniklasik'25 Siri I. Kesudian YBrs Dr/Tn/Pn meluangkan sedikit masa untuk program anjuran KLASIK dalam kesibukan memenuhi tuntutan tugas amat kami hargai. 

Semoga sinergi ukhuwah sesama warga kampus IPG Kampus Pulau Pinang akan terus berkembang dan mantap. Sehingga ketemu lagi di Siri II : Apresiasi Budaya Bangsa Malaysia (Julai 2025).

Terima kasih 






Share:

Happy Chap Goh Mei 2025

  

Chap Goh Mei bukanlah hari cuti umum di Malaysia. Namun begitu, ia merupakan tarikh perayaan yang amat terkenal dikalangan kebanyakan masyarakat berketurunan Cina. Ia juga turut dikenali sebagai Hari Valentine dikalangan bangsa Cina.

Perkataan ‘Chap Goh Mei’ itu sendiri bermaksud malam ke-15 Tahun Baru Cina dalam bahasa Hakka, yang juga menandakan penghujung perayaan Tahun Baru Cina.

Hari tersebut diraikan dengan cara yang sama sepertimana hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina disambut iaitu dengan penuh meriah dan ceria. Ketika hari Chap Goh Mei, ahli keluarga akan berkumpul untuk makan besar dengan pelbagai hidangan termasuklah Yuan Xiao ( pulut bebola nasi) dan rumah mereka pula akan dihiasi dengan tanglung-tanglung berwarna merah yang sangat cantik. Di kuil pula, ketika Chap Goh Mei, masyarakat akan berdoa kepada Dewa Kemakmuran untuk merahmati keluarga mereka dengan tuah yang baik untuk tahun yang seterusnya.

Secara tradisionalnya, hari tersebut akan diiringi dengan alunan bunyi lagu cinta bertemakan balada ataupun dipanggil sebagai Dondang Sayang yang selalunya dinyanyikan di tepi jalan bertemankan alat musik seperti biola, dua biji gendang dan sebiji gong. Kadangkala alunan ini dijadikan bahan jenaka apabila liriknya digubah oleh para penyanyi.

Tradisi membuang buah limau berasal dari Pulau Pinang. Jika anda melawati Esplanade di Pulau Pinang, terdapat sebuah pertandingan dimana kaum lelaki akan menaiki sampan dan mereka dikehendaki untuk mengutip buah-buah limau yang dibuang ke dalam laut oleh kaum perempuan. Sampan yang berjaya mengutip buah limau terbanyak akan menjadi pemenang pertandingan tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini dijalankan untuk memastikan tradisi tersebut terus hidup dan tidak ditelan zaman.

KLASIK IPG Kampus mengucapkan Happy Chap Goh Mei kepada ahli KLASIK yang menyambutnya. 


Share:

Sumbangan Ihya' Ramadhan 1446H

 

Mohon sebar luaskan di kalangan pensyarah muslim. Terima kasih

Share:

Kalendar

>Ts. Hazlie

Pengunjung

Popular Posts

Blog Archive

Recent Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *