Selamat Datang Ke Portal Kelab Staf Akademik (KLASIK) Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Portal KLASIK ini. Keahlian adalah wajib/automatik kepada semua staf akademik yang bergred DG yang bertugas di IPG Kampus Pulau Pinang sebaik sahaja beliau melaporkan diri untuk bertugas. KLASIK ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan ahli persatuan, menggalakkan perhubungan yang erat antara ahli persatuan dengan pensyarah-pensyarah dari lain-lain IPG, membantu semua ahli persatuan dalam memajukan dan meningkatkan pengetahuan ikhtisas, mengadakan majlis meraikan persaraan ahli setiap tahun, berikhtiar untuk menambah kewangan persatuan KLASIK dan mengadakan kursus dan seminar.